Sunday, 21 April 2013

Tips Hilangkan Kesan Gelap Bawah Mata


Hey u ! Hahah now Anna nak share satu lagi tips mengenai " Kesan Gelap Di Bawah Mata " ataupon yang biasa kita panggil " EyeBag " tuh haa. Tawu ke dok ? Hahah. Sebenarnya kulit yang gelap di sekeliling mata disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah genetik, kurang tidur, alergi, faktor umur di mana kulit semakin menipis sehingga menampakkan salur darah yang terkumpul di bawah mata yang kelihatan kehitam-hitaman. Kebanyakkan orang Asia dan Afrika mengalami masalah ini. Jadi harini Anna nak bagi beberapa tips untuk mengelak daripada terjadinya masalah gelap bawah mata ni :)




1. Elakkan merokok dan gunalah krim penghalang matahari kerana merokok dan sinar UV akan mengurangkan kolagen dan menyebabkan kulit kedut dan kendur.

2. Pakai pelembap di bawah mata setiap malam supaya kulit tidak kering.

3. Pakai krim bawah mata yang mengandungi vitamin A atau " retinoic acid " untuk mengurangkan dan menghindari kedut.

4. Jangan tidur lewat, dapatkan rehat secukupnya sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari.

5. Amalkan makanan seimbang dan vitamin yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti vitamin A, C dan E.


Harap tips yang Anna bagi ni dapat membantu menyelesaikan masalah korang . Okay bye Assalamualaikum :)


- Thanks for Reading . Do Like and Comment :) -

5 orang support Anna :):

eydafaizal said...

=) thanks =)

Lelaki Ini said...

huhuh
selalu amalkan...tp msh ada... sedih2!

Baiyah said...

thanks 4 info..
^_^

Isabel Diaz said...

Nice sharing.. (^_^)

tenku butang said...

berguna ni.. thanx!

Post a Comment

ORIGINAL BLOG AND COPYRIGHT by SITI RUZANA