Sunday 15 September 2013

Someone datang Someone pergi , Someone pergi Someone datang

Assalamualaikum pembuka bicara. Ya Allah dah lama Anna tak update entry kan. Tujuan Anna menulis entry ini adalah untuk meceritakan pengalaman Anna setelah hampir 2 bulan lebih belajar di kolej. Sebenarnya banyak pengalaman, pengajaran yang Anna dapat di sini. Macam-macam pengalaman manis, pahit semua ada. Di sinilah tempat Anna tahu serba sedikit mengenai ramai orang di sekeliling Anna. Dan kat sini jugaklah Anna dah mempunyai seorang musuh yang kesalahan tu bukan berpunca dari Anna bahkan dari pihak terbabit. Kalau nak diceritakan pun memang payah sebab benda ni memang menyakitkan sampai Anna terpaksa tipu kat seorang yang Anna panggil "abang". Tak semua benda kita boleh cerita kat semua orang kan. Bila belajar kat sini, bila kita berkawan dengan semua orang ada je yang tak puas hati. Anna sebagai sem1 kat sini tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab macam mana nak cakap kan sedangkan kami student sem1 ni dah dilabelkan sebagai budak "pramatang". So bila kitorang dah dilabelkan sedemikian, tak ada benda lagi yang boleh kita ceritakan sebab apa sahaja yang keluar dari mulut kami akan dianggap sebagai tidak matang. Kadang tu memang geram bila dilabel sedemikian sebab tahap kematangan seseorang tu bukan dinilai dari segi umur atau dari segi student sem berapa tapi diri sendiri sebenarnya. Kadang ade je yang Anna kenal dah student sem5 tapi perangai still macam hareemmmm. Thats why Anna geram bila orang cakap Anna tak matang. Ye memang dulu Anna tak matang sebab Anna taktaw lagi dumia luar. But now, semenjak Anna study di sini, banyak pengalaman yang Anna dapat dan Anna pelajari. Dan semestinya pengalaman tu sangat menyakitkan even kekadang Anna ade rasa menyesal kenapa Anna boleh masuk ke sini dan mengenali student student di sini. Tapi Anna bersyukur sebab Anna dapat roommate yang sudi mendengar segala macam problem Anna. Cuma dia tahu macam mana perangai student di sini. Kat sini cuma dia je yang pernah nampak air mata Anna keluar sedangkan depan orang lain Anna dikenali dengan perangai yang gila-gila. Hanya roommate Anna laa yang nampak perangai Anna bila Anna marah, geram, malu, suka dan orang tu adalah Nur Zaiwanie :) Friend i love u laaaa. Thanks sebab sudi dengar segala masalah aku. Kau dah bagi macam-macam nasihat kat aku yang aku sendiri tak akan lupa. Walaupun kami mempunyai masalah yang sama tapi kitorang saling ingat-mengingati supaya kejadian dulu tak akan berlaku kat diri kami lagi sebab benda tu, pengalaman tu sangat memedihkan. Kesimpulannya muka baik tak semestinya baik dan muka jahat tak semestinya jahat. Assalamualaikum :)


- Thanks for Reading . Do Like and Comment :) -

2 orang support Anna :):

Mummy MM said...

Samalah macam saya. Sejak saya masuk IPG, dah ramai dah musuh yang saya kumpul. Hahaha.

Unknown said...

@Isabel Diaz Hahah laa yeke. biasa laaa orang dengki lettew. hehe

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
ORIGINAL BLOG AND COPYRIGHT by SITI RUZANA