Tuesday 9 April 2013

Tips Menjaga Rambut Bagi yang Bertudung


Hahah ni memang giler laa nak bela rambut panjang camtu sekali -,-

So now Anna nak share tips jaga rambut terutama untuk wanita yang bertudung macam Anna jugakk laa. I know ramai antara kita ni ade masalah rambut. So takya malu-malu ehh. Be happy :) 

1. Pilih syampoo yang bersesuaian dengan rambut .

2. Kalau nak pakai tudung , pastikan rambut kering dahulu . Sebab nanti rambut sangat senang nak ada masalah kelemumur , rambut berbuah ,rambut berbau dan yang paling malang sekali siap ade kutu lagi tuh . Hahah so beware yea !

3. Jangan menggosok rambut dengan kasar . Kalau nak keringkan rambut , better pakai tuala jea . Cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan dari atas hingga ke hujung rambut . Boleh buat banyak kali dan biarkan rambut kering dengan sendiri .

4. Bilas rambut dengan menggunakan air sejuk . Supaya kulit kepala akan jadi segar bugar gituu lorh .

5. Kalau nak bagi kelemumur hilang , gosokkan kepala dengan potongan limau purut yang telah dihangatkan . Then bersihkan rambut dengan syampoo anti kelemumur . 

6. Kalau rambut berminyak , pilih syampoo yang boleh digunakan setiap hari . Faktor yang menyebabkan rambut berminyak ialah hormon tak stabil , stress , cuaca panas dan pemakanan yang tidak seimbang .

7. Sikat rambut bila perlu sahaja . Kalau terlampau kerap menyikat rambut , kulit kepala akan menjadi panas dan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan . Jangan sikat rambut dengan ganas pulakk . Mentang-mentanglah rambut kusut kan. Hahah .

8. Kalau boleh jangan gunakan alat pengering rambut kerana rambut akan mudah kering dan kusam . So better biar rambut kering dengan sendirinya laa yea . 


Rambut orang bertudung dengan yang tidak bertudung lebih baik kerana rambut mereka tidak terdedah kepada kepada pancaran UV dan sebagainya. See inilah yang dinamakan HIKMAH BERTUDUNG :)


- Thanks for Reading . Do Like and Comment :) -

2 orang support Anna :):

atynadya said...

good tips n nice sharing :)

Unknown said...

@nadia hikari hihi okay thanks :)

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
ORIGINAL BLOG AND COPYRIGHT by SITI RUZANA