Friday, 8 March 2013

Wanita Ibarat Bunga Raya @ Bunga Cempaka ?


Wanita yang baik tetapi tidak berbudi bahasa, diibaratkan macam bunga raya, cantik warnanya tetapi harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempakatiada rupanyatetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga cempaka dan bunga raya, pastinya bunga cempaka yang diminati semua, baik jejaka, mak mentua, pak mentua dan yang penting orang sekeliling akan lebih senang dengan sikapnnya, tidak begitu ?

Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang ibarat gadis yang suka mempertontonkan kecantikan, mengharap ada yang berkenan, tetapi tanpa disedari ia menjadi mainan.

Usah gundah gulana, hanya untuk merebut kasih sayang manusia, kecantikan itu tidak bertahan lama. Alangkah baiknya kita mencari keberkatan dan keredhaan daripada Allah dan mencari cinta yang pasti kan tiba daripadanya. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Walaupun tidak cantik tetapi kaya dengan akhlak yang murni.

* Renungan untuk diri Anna sendiri :)


- Thanks for Reading . Do Like and Comment :) -

0 orang support Anna :):

Post a Comment

ORIGINAL BLOG AND COPYRIGHT by SITI RUZANA