Thursday, 14 March 2013

Woww Perigi Cari Timba >.< Ape Kata Anda ?


Orang kita selalu cakap lelaki yang sepatutnya terlebih dahulu luahkan perasaan dekat wanita jika jatuh cinta. Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’, 'terhegeh-hegeh' dan macam-macam lagi.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginannya?

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah meluahkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu langkah pertama. Yang penting, kena yakin dengan kesolehan, akhlak dan ketaatan lelaki itu pada Allah. Bukan dengan tujuan untuk menggedik atau kerana harta. Setelah yakin dengan pilihan hati itu, suarakanlah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, Alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.


Malu adalah sifat wanita. Sesungguhnya sifat malu itu dikurniakan pada setiap insan. Tapi biarlah malu itu pada tempatnya. Siapa yang memulakan langkah pertama terlebih dahulu samada lelaki atau wanita, itu tidak penting. Yang penting langkah sudah bermula. Ia sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial dan maksiat yang semakin menjadi-jadi di dunia akhir zaman ini. Tiada istilah perigi cari timba di dalam Islam. Sebaik-baik percintaan adalah bercinta selepas bernikah.

Sekian, Assalamualaikum :)


awakk ! Click Sini jappp >.<


- Thanks for Reading . Do Like and Comment :) -

8 orang support Anna :):

Adilah Asari said...

yer betul...tak salah lelaki ataupun wanita sesiapa yang memulakan langkah dulu..yang perlu pastikan hubungan itu halal..barulah diberkati.. :)

Unknown said...

@Adilah Asari yes betul tuh. jz pemikiran org2 sekarang jea yg tak terbuka .

Unknown said...

huhu..orang kata kalau lambat nanti melepas..entah la..zaman sekarang girl2 pun dah advance..no wonder la kes2 perigi cr timba ni makin mjadi2..huhu..tapi itu la..org tua2 fikir mcm tak molek ppuan g usha lelaki..huhu

sitisu said...

ustaz sy citer, isteri dia skrang ni sendiri yang nak kan uztaz sy tu..x salah kalau perempuan yg mulakan dulu..

Unknown said...

@Nana Liena hahah ni pun satu jugak. kdg bile pompuan y start dlu, mmg mcm tak molek. hahah tp klau dah jodoh tak ke mane pun :D

Unknown said...

@sitisu wahh berani sehh bini ustaz tuh. see? pompuan y ngurat dulu tuhh. dgn ustaz plak tuh. haha

Mummy MM said...

Tak kisah.. Hihihi.. Tapi saya akan pastikan tak nampak sangatlah perigi tu mencari timba..

Unknown said...

@Isabel Diaz HAHAH same same. kira cover2 sikit laa ni. Malu tapi mahu gituhh kan >.< hohoh

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
ORIGINAL BLOG AND COPYRIGHT by SITI RUZANA